Monday, 10 July 2017

Siapakah disebalik team SOUTHERN ENTITY RESEARCH CREW ( SERC ) ?



ASSALAMUALAIKUM W.B.T 
DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA FOLLOWERS
SERC TEAM.


Selalunya kami asik update ttg perkara2 misteri dan mistik je kan?ok kalini admin terajin nk update ttg siapa sebenarnya disebalik nama team SERC ni.Kpd yg belum kenal ahli2 dalam team ni,boleh lah berkenal kenalan ye..hehe

Ok,seperti yg semua tahu,SERC adalah sebuah team paranormal dari johor yg menjalankan aktiviti2 kajian paranormal disekitar johor baharu dan kawasan2 yg terdekat.
sedikit info,SERC bukanlah team '' mencari hantu '' tetapi SERC adalah team pengkaji dan merungkai kisah2 misteri yg terdapat dalam sekitar johor,SERC merungkai fakta,mengkaji semula sesebuah kawasan yg dikatakan sering diganggu mahluk halus atau sering terjadinya kejadian2 paranormal,dan cuba utk membuktikan secara visual utk tatapan semua.
Jadi setiap post yg dikeluarkan oleh SERC,100% asli tanpa sebarang edditing.

SIAPA DISEBALIK SERC TEAM NI??

Okey kita balik semula kpd topik kt atas,hehe
SERC team setakat harini mempunyai ahli seramai 7 orang sahaja.Dua perempuan dan lima lelaki.
Dan setiap ahli kami kesemuanya dari negeri johor,cuma berlainan daerah sahaja,ada yg dari pontian,desa cemerlang,tampoi,dan taman molek.

SENARAI AHLI SERC 2017

1.EJUL
Atau nama sebenar azeeyzul,individu dan seorang presiden yg bertanggungjawab menguruskan team ini dan kesemua ahli2 SERC.Dia juga yg mewujudkan team ini pada tahun 2014 lepas.Boleh cari pautan FB beliau dgn nama @AZEEYZULAZIZ.

2.NAN TIGER

Atau nama sebenar afnan,DIa adalah naib presiden SERC,Seorang yg bertanggungjawab membantu presiden dan menguruskan perjalanan team supaya sega;anya berjalan dgn sempurna.Mula menyertai SERC pada awal 2015 sehingga sekarang.Boleh cari pautan FB dgn nama @NANTIGER.

3.FAKA

Atau nama sebenar shahfakar,individu yg dipertanggungjawabkan menguruskan page,gadjet,dan kemudahan2 lain utk kegunaan team.Dia juga adalah kameraman utama SERC team.Mula menyertai SERC pada awal 2015 sehingga sekarang.Boleh cari pautan FB dgn nama @SYAHFAKARABDRAZAK.


4.LONG

Atau nama sebenar fakhrurazie,mula menyertai SERC pada awal 2015 sehingga sekarang,seorang yg dipertanggungjawabkan utk mencari segala info sebelum memulakan sebarang aktiviti,Dan jika sesebuah aktiviti dijalankan,dia adalah orang pertama yg akan memasuki kawasan aktiviti tersebut bagi memastikan keadan didalam selamat utk ahli dan followers buat kajian.Boleh cari pautan FB dgn nama @MUHAMMADFAKHRURAZIE.


5.NAZS

Atau nama sebenar siti nazila,Mula menyertai SERC pada pertengahan tahun 2015,individu yg dipertanggungjawabkan utk menjadi bendahari team,menguruskan keewangan team,dan menguruskan secara total pergerakan team.Boleh cari pautan FB dgn nana @GIANAZILA.


6.ECAM

Atau nama sebenar megat aliff,mula menyertai SERC pada pertengahan tahun 2016,individu yg dipertanggungjawabkan utk membantu long mencari info dan lokasi aktiviti.Boleh cari pautan FB dgn nama @ECAMALIFF.


7.MUMMY

Atau nama sebenar norazizah,individu yg paling ' otai ' dalam team,mula menyertai SERC pada pertengahan 2017.Dia adalan penasihat kpd team ini.Boleh cari pautan FB dgn nama @MUMMYNUR.


CARTA ORGANISASI SERC 2017




Ok jadi itulah kesemua 7 orang yg berada disebalik team SERC ni,dorang jugak yg banyak mengerakkan team ni.

Tak lupa juga followers yg selalu menyokong pergerakkan kami,terima kasih diucapkan.In Sha Allah kami akan berikan yg terbaik bagi membuktikan kisah2 mistik.
terus menyokong kami !!

Buat sahabat paranormal lain yg tak jemu2 membantu dan memberikan pendapat,anda sgt awesome dan terima kasih,kami sgt menghargainya..

okey nantikan kajian kami dlam masa terdekat bersama team KPAMG!!

GUDBYE !

ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, 25 February 2017

SERC TERJAH KILANG USANG JB (4-2-2017)




SERC TERJAH KILANG USANG JB (5-2-2017)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Pada 4/2/2017 yg lepas,kami dari SERC telah menjalankan satu kajian paranormal disebuah kilang usang sekitar negeri johor,kali ini kajian kami disertai dengan kumpulan silat gerakkan jurusan halilintar yg membawa seramai 4 orang ahli bersama 7 orang ahli dari SERC.

ahli southern entity research crew yg terlibat.



sebelum kami memulakan kajian kami,separti biasa kami akan mengutip seberapa banyak maklumat atau fakta mengenai kilang tersebut.kali ini unit survey SERC telah mendapatkan maklumat daripada guard yg menjaga kilang tersebut yg sudah bekerja disitu sepanjang 8 tahun.Dibawah adalah maklumat yg kami dapat. 
Kilang ni mula berhenti beroperasi pada tahun 2000 dan mula ditinggalkan kosong pada tahun 2003,maksudnya dah 14 tahun kilang ni terbiar dan semakin usang,tidak pernah ada kemalangan jiwa berlaku sepanjang beroperasi cuma selepas ditutup dan pada tahun 2015/2016 berlaku kemalangan jiwa dibahagian belakang kilang ( kolam ) berberapa kanak2 ditemui mati lemas semasa mandi di kolam tersebut dan seorang pemancing dikolam tersebut juga ditemui mati lemas (menurut cerita guard yg bekerja sepanjang 8 tahun ).

AKTIVITI TERJAHAN SERC BERMULA

0100AM
Kami bersama ahli SGJH berkumpul sebelum ketua memberi sedikit taklimat berkenaan kilang tersebut.Selepas itu kami segera persiapkan segala persiapan diri dan equipment sambil menunggu arahan utk memasuki kilang tersebut.

0200AM
Kami diberi arahan utk memasuki kilang tersebut,dibahagi kepada dua kumpulan A dan B,kumpulan A terdiri daripada 4 orang iaitu naz,kasap,ecam dan nan manakala kumpulan B dari 2 orang iaitu ejul dan faka (cameraman).kami memulakan operasi terjahan kami secara nightwalk tak lama 
selepas itu.ahli dari SGJH  membuat terjahan dibahagian luar gudang kilang tersebut.




keadaan didalam kilang tersebut

0230AM
kumpulan A sudah merasa sesuatu namun belum dapat melihat benda yg mencurigakan.mereka terus menerjah disetiap ruang dalam kilang tersebut.manakala kumpulan B sudah diganggu dgn sesuatu yg menyeramkan sewaktu mereka cuba berkumonikasi bersama kamera man.hasilnya,dari kumpulan B iaitu ejul ternampak satu kelibat seperti seorang yg sedang menjengah melihat mereka,penampakkannya tidak berapa jelas hingga memaksa ejul utk mendekati penampakkan tersebut.(boleh tgk video di page fb kami atau di youtube kami).kumpulan A diganggu dengan bunyi bunyi aneh dan sedikit penampakkan yg kurang jelas,namun mereka meneruskan terjahan.
kumpulan B masih lg cuba mendekati penampakkan yg dilihat oleh ejul,namun mereka masih belum jumpa apa apa,cuma sekali sekala terhidu bau yg amat busuk.kumpulan B teruskan terjahan dan hasilnya faka (cameraman) terlihat sesuatu seperti mata yg bersinar kemerahan di kawasan pokok ara yg terdapat dalam kilang tersebut sebelum sekali lagi mereka dikejutkan dengan bau yg busuk beserta suara seperti erangan dan sedikit bunyi yg tak dikenal pasti.kumpulan B teruskan terjahan dan mencari punca suara dan bau tersebut.terasa sesuatu yg pelik dan seakan permainkan,ejul memutuskan utk berundur dan tidak lagi mengejar suara tersebut utk mengelakkan sesuatu diluar jangkaan ( kumpulan B tiada alat utk berkumonikasi)


0330AM
kumpulan A dan B berkumpul.kumpulan A telah diberitahu oleh kumpulam B tentang kejadian yg mereka alami sebelum kedua kumpulan itu berehat sebentar.masih didalam kilang tersebut,sewaktu mereka sedang berehat,mereka sekali lagi diganggu,kali ini mereka seolah terkepung,mereka diganggu di setiap sudut dengan bunyi bunyian aneh serta  sedikit penampakkan.
mereka memutuskan utk keluar dari banggunan gudang kilang tersebut dan beralih kepada bangunan hostel di kilang tersebut yg berada di belakang gudang.



Mereka terus menerjah dikawasan hostel kilang tersebut.tiada gangguan yg kuat semasa mereka berada didalam hostel itu namun mereka terjumpa sesuatu.

tempat pemujaan atau tempat bermain spirit?

0440AM
Mereka keluar dan terus ke base dimana tempat mula mula kami berkumpul.

0500AM
Operasi terjahan ditamatkan,dan kami sekali lagi berkumpul utk membuat kesimpulan terhadap apa yg kami alami.

0600AM
KAMI BERSURAI DAN BERANSUR PULANG.



ANDA BOLEH USHA FANPAGE KAMI ATAU DI YOUTUBE UNTUK MELIHAT VIDEO PENUH PERJALANAN KAMI.


Itu sahaja ulasan kami mengenai aktiviti yg kami jalankan,terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti perkembangan kami,jumpa lagi di aktiviti yg seterusnya....


RATING 8/10

Friday, 24 February 2017

SOUTHERN ENTITY RESEARCH CREW 2TH ANNIVERSARY


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah kini SERC sudah pun berusia  2 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2014.
Alhamdulillah juga setakat ini kami masih lagi bergerak secara aktif dalam bidang kajian paranormal ini.
Krew krew pun masih lagi still yg sama,cuma beberapa org  krew baru telah diambil pada tahun 2016.

Semprna ulangtahun kami yg kedua ni,saya selaku founder SERC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yg tak henti support kami dan memberi komen serta cadangan yg membina utk kami.tak lupa juga kpd yg menghentam kami..hehe takpe kami ambil semua tu secara positif..
In Shaa Allah selepas ini kami akan tunjukkan atau buktikan kpd anda semua ttg kajian kajian kami dgn lebih  baik dan berkualiti supaya dpt memuaskan hati anda semua.

Tak lupa juga kepada sahabat team team paranormal kami seperti PENCARI ENTITI CREW ( PEC ) KELAB PENJEJAK ALAM MISTIK GHAIB ( KPAMG )  DARE PARANORMAL CREW ( DPC ) PENJEJAK ENTITI ( PE ) PENJEJAK BAYANG ( PB ) dan team lain (maaf jika terlepas pandang).TERIMA KASIH atas kerjasama dan tunjuk ajar yg telah diberikan kepada kami sepanjang pengelibatan kami dlm bidang ini,sambil mengharap ukhuwah kita akan terus terjalin dan dapat  terus bekerjasama kelak.

TERIMA KASIH juga kepada krew krew SERC yg telah banyak membantu,membuang masa,memerah keringat,utk benda yg ''tiada apa''.terima kasih kerana terus setia bersama SERC.aku akan pastikan SERC lebih awesome seawesome korang.In Shaa Allah next family day aku akan buat yg lebih baik utk korang.terima kasih !!

 '' TERJAH UNTUK SUATU KEPASTIAN ''



EJUL,
FOUNDER OF SOUTHERN ENTITY RESEARCH CREW