Wednesday, 29 April 2015

MISTERI BAGLO LAMA DI PEKAN NANAS PONTIAN JOHOR

kajian SOUTHERN ENTITY RESEARCH CREW (S.E.R.C) di sebuah banglo tinggal di kampung sawah pekan nenas pontian.
Penduduk sekitar.
Mengikut cerita penduduk di kawasan sekitar dan juga bekas penjaga rumah tersebut,rumah tersebut dah di tinggalkan lama,lebih daripada 10 tahun.penghuni asalnya adalah seorang doctor,doctor tersebut yg juga bekerja di klinik berdekatan dikatakan membuat rumah ini,tapi kontraktor yg buat rumah ni lari tanpa menyiapkan rumah tersebut,jadi doctor itu mengambil keputusan utk tinggal juga di rumah tersebut walaupun belum 100% siap.setelah berberapa tahun mendiami kediamannya ini,akhirnya doctor ini pn tinggalkan rumah ni atas sebab sering terkena gangguan.hingga sekarang masih belum pasti kemana doctor tu tinggal.kami juga bertanya mengenai kejadian2 mistik yg berlaku di sekitar rumah ini dan mereka juga tak menafikan sebarang cerita.menurutnya lagi,penduduk kawasan kg.sawah ini tak pernah diggangu,Cuma ternampak kelibat2 tu dah menjadi perkara biasa tetapi kerap kali orang luar yg melalui jalan tersebut diganggu dgn penampakkan yg misteri seperti kelibat seorang perempuan di balkoni banglo tersebut,kelibat budak kecil bermain di tepi jalan,dan di kawasan ini juga sering berlaku kemalangan.sebabnya wallahualam..
kajian kami.
Kami memasuki rumah tersebut pada pukul 1 pagi lebih kurang,kami seramai 9 org crew membuat kajian di setiap inci rumah tersebut bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat utk dikongsikan kepada followers S.E.R.C .rumah ini sahih adalah milik seorang doctor yg bernama DR.FATIMAH AHMAD.beliau menamatkan pengajian dalam dalam bidang kedoktoran pada tahun 1986 di university sains Malaysia.sudah berkahwin tapi tidak mendapat sebarang info mengenai suaminya.kemungkinan pada tahun 1984 beliau sudah berpindah ke rumah banglo tersebut.beliau telah berkerja di pusat kesihatan besar pekan nenas.dari maklumat yg kami dapat,rumah di telah ditinggalkan pada tahun 1999.maksudnya rumah ni dah dibiarkan kosong selama 16 tahun.
Gangguan semasa kajian.
sudah semestinya banyak gangguan2 misteri yg jadi selama kami berada di rumah tersebut.contoh gangguan,bunyi seakan seseorang sedang manaiki tangga ke tingkat paling atas rumah tersebut sedangkan kami semua berada di tingkat paling bawah,salah seorang kru kami juga ada mendengar bunyi siulan tapi tak pasti datangnya dari mana.di tingkat kedua,ada sesuatu kejadian pelik apabila kami ke balkoni,tiba2 ada bunyi sesuatu yg kami sendiri tak tahu bunyi apakah,bunyinya dating dari bumbung atas balkoni tersebutnsemakin kami mendekat semakin kasar bunyinya.seakan tak suka dgn kehadiran kami,jadi kami putuskan utk tidak mendekati balkoni tersebut atas faktor keselamatan kru.jadi selesai di tingkat kedua dan ketiga,kami berkumpul di tingkat paling bawah,tengah berehat,tiba2 kami dikejutkan dgn bunyi suara dari belakang rumah tersebut.dan apabila sy amati betul2,ia bunyi tangisan,selepas kami pusing keliling rumah tersebut,terus hilang tangisan itu.dan selepas itu seorang dari kru kami terlihat kelibat yg tak dpt dijelaskan dikawasan bilik tingkat bawah.dan lagi sekali bunyi seseorang manaiki tangga ke tingkat paling atas,utk pengetahuan tangga tingkat paling atas diperbuat dari kayu.bayangkan kami dengar seseorang menaiki tangga tersebut.kali ini lebih kuat sehingga semua kru pun dengar.kami putuskan utk memeriksa apa yg ada di tingkat paling atas,tapi tiada apa yg kami Nampak.jadi kami cuba utk tinggalkan kamera di kawasan tangga tersebut.selepas kami tinggalkan kamera disitu,tiada lagi sebarang bunyi atau gangguan lain.jadi kami putuskan utk keluar dari rumah itu selepas jam pun dah menunjukkan sudah pukul 3.40 pagi.pendapat kami,rumah ini agak angker..dari 5 rating,kami bagi 4 rating.terima kasih kpd penduduk sekitar yg banyak membantu dlm kajian kami.tak lupa juga kepada pemberi maklumat/lokasi dan semua crew 
S.E.R.C.anda tahu anda siapa.terima kasih banyak2,ini saja maklumat yg kami dapat.harap bermanfaat utk semuanya.
-SiLenT-




7 comments:

  1. Ohhh...sekarang dah tak angker. Dah ada orang yg duduk... colour dah tukar kuning.. Dah buat pagar..dah tanam rumput cantik :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hantu tu tak kacau sangat... Mungkin ni hantu biasa kot...

    ReplyDelete
  5. Update 2019.
    Banglo ini telah pun dibaik pulih dan telah diduduki semula oleh tuan tanah. Apa yg kami kongsikan 100% berdasarkan situasi/kajian kami disana ketika itu.

    ReplyDelete