PETUA UNTUK MEMASUKI DAN MENDIAMI RUMAH ATAU BANGGUNAN BARU.
Assalamualaikum..
Ramai yg bercerita kpd kami mengenai kejadian2 aneh yg berlaku apabila mereka berpindah ke rumah baru.tahukah anda memasuki rumah baru juga ada petuanya.seperti yg sedia maklum,rumah yg terbiar kosong pastinya ada yg "menumpang".jadi kami kongsikan kpd anda semua ttg petua memasuki dan mendiami rumah baru...
1) BERI SALAM KETIKA MASUK
Assalamualaina wa'ala ibadillahi solihin
2) AZAN
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.Dalam hadis,Rasullulah s.a.w pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah atau banggunan itu terlalu lama dikosongkan tanpa penghuni,ianya akan dimasuki atau dihuni oleh makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-Ammar ) yg suka tinggal di rumah atau banggunan yg tidak berpenghuni.
3) BACA SURAH AL-BAQARAH
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,Rassullulah s.a.w bersabda, "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur),sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan Surah Al-Baqarah ".
4) BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
Dalam sebuah hadis lain pula,Rasullulah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau banggunan yg baru diduduki.Baginda bersabda, "sinarilah rumahmu dgn memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ".hadis riwayat Al-Baihaqi.
5) BACA SURAH YASSIN,AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau banggunan.baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali,surah Al-Ikhlas 3 kali,selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali,dan ayat Kursi 1 kali (tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).
Setakat ini sahaja perkongsian dari kami,selamat mencuba dan silahlah kongsikan petua ini kpd semua saudara kita.semoga bermanfaat utk semuanya
No comments:
Post a Comment