Sunday, 10 May 2015

MISTERI MATIANAK



MISTERI MATIANAK




Apakah itu matianak??matianak adalah sejenis hantu atau golongan jin yg tempat tinggalnya dikawasan paya dan berhutan.Dari segi fizikal,matianak tidak ada bezanya dengan pontianak ini kerana asal usul sama sahaja.Menurut org2 tua,natianak ini mempunyai dua cangkuk dibelakang badan dan juga di depan badannya.itu memudahkan ia bergayut di pokok dan cangkuk didepan kegunaan utk menyambar mangsanya.
Asal usul matianak adalah seorang perempuan sarat mengandung yg telah kematian suami dan menghitung hari utk melahirkan anak sulugnya.akhirnya dia telah mati ketika melahirkan anaknya.orang kampung bersepakat utk tidak mengebumikan jenazah perempuan yg mati mengandung itu kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah suku kaum mereka. jadi mayat perempuan itu telah diletakkan di pokok ara dan telah dibuat seperti para para diatas pokok utk meletakkan mayat perempuan tersebut.kemudian bermulalah kemunculan matianak.

Gangguan matianak kpd manusia dengan cara membuat tangisan bayi,nyanyian mendayu,cakaran di dinding atau pokok serta menjatuhkan pucuk muda.sekiranya kita duduk di bawah pokok dan tiba tiba banyak daun daun pucuk muda jatuh maka anda disarankan utk segera tinggalkan tempat tersebut.matianak juga suka menggangu perempuan yg bersalin dgn menahan kandungan keluar dari perut ibu.

mereka yg mahir dari segi perubatan dan bidan saja yg tahu cara menangani gangguan matianak.namun ada juga sesetengah pihak yg membela matianak utk mendapat kelebihan seperti mahir dalam perubatan dan lain lain. ada juga yg menggunakan matianak utk menggangu dan menganiaya sesiapa sahaja yg mereka dendam.Ddiingatkan sebagai seorang islam janganlah sesekali kita terlibat dalam perkara diatas kerana dalam islam ianya syirik serta khurafat sama ada utk sipelakunya ataupun si peminatnya..

credit : M.A.N

No comments:

Post a Comment