Monday 11 May 2015

MISTERI POTRET WANITA

MISTERI POTRET WANITA



Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai potret ini marilah kita mengenali siapakah gerangan wanita cantik di dalam potret ini dahulu. Wanita cantik ini dikatakan berasal dari Vietnam telah membunuh diri disebabkan suaminya bernama Pham Duc Nong telah curang terhadapnya. Sebaik sahaja kematian isterinya Pham Duc Nong telah mengurungkan diri di dalam rumah lalu menghasilkan sebuah potret wajah isterinya. Setelah siap hasil lukisannya Pham Duc Nong telah membunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi. Masa berlalu kini potret tersebut seolah-olah berpuaka dan beberapa insiden telah berlaku yang berkaitan dengan potret ini sama ada ianya benar-benar berkaitan ataupun hanya satu kebetulan sahaja. Di bawah ini terdapat beberapa insiden yang berkaitan dengan potret ini.

Insiden Pertama

Kes ini melibatkan seorang anggota polis yang menyiasat kematian Pham Duc Nong serta melihat potret tersebut. Malam tersebut polis itu telah membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.

Insiden Kedua

Setelah kematian polis tersebut seorang petugas yang bertanggugjawab menyimpan potret di stor balai polis turut membunuh dirinya sendiri dengan terjun ke dalam sungai.

Insiden Ketiga

Pegawai dari luar negara telah membeli potret tersebut lalu menyimpan di dalam rumahnya. Insiden sekali berlaku apabila malam itu pegawai itu telah membunuh diri dengan menelan pil tidur secara berlebihan. Dia telah meninggalkan notis yang mengatakan dia terlalu sedih apabila menatap potret tersebut dan penyelesaian terbaik menghilangkan perasaan sedih tersebut hanyalah membunuh diri.

Insiden Keempat

Setelah kematian pegawai tersebut pembantu rumahnya turut melihat potret tersebut. Dia menjadi kurang waras, mencakar muka sendiri serta menyorok di dalam selimut setiap hari sambil menjerit "seseorang" datang. Dia akhirnya menemui ajal selepas 3 bulan mengalami penderitaan. Misteri bertambah lagi apabila teman lelaki pembantu rumah tersebut merupakan seorang pelukis juga telah membunuh diri. Nama pelukis tersebut adalah Pham Duc Nong.

Setelah membaca beberapa insiden di atas ada sesiapa yang berani menatap potret ini?

credit : M.A.N

No comments:

Post a Comment