Assalamualaikum semua followers SERC..pada 27/3/2015 yg lalu,team SERC telah membuat 1 kajian ke atas rumah banglo yg dipanggil banglo portugis oleh penduduk dikawasan itu.kawasan yg terletak berdekatan dataran bandar johor bharu ini berada di taman ara johor.mesti semua org tahu tempat ini dimana kan?tapi tak semua tahu ttg kewujudan rumah ini..dan ini yg akan kami kongsikan kpd followers SERC.
kami seramai 11 orang kru dan followers telah sampai ke banglo tersebut pada pukul 11 malam lebih kurang,kami parking kereta diluar pagar dan mula setup barangan keperluan utk masuk ke dalam banglo tersebut.lebih kurang pukul 11.30 malam kami mula memasuki kediaman tersebut.berada di kelilingi pokok ara lebih membuatkan suasana menjadi semakin seram sebagai mana yg diketahui umum pokok ara adalah tempat dimana mahluk2 halus tinggal.tapi kami tetap focus utk mengkaji misteri yg sering di ceritakan oleh penduduk sekitar ttg banglo ini.
Setibanya kami di hadapan banglo tersebut,leader kami memberi sedikit taklimat sebelum memulakan dan bacaan doa utk masuk ke dalam banglo tersebut.seterusnya kami di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2.kumpulan 1 diberi masa selama 30minit utk memasuki rumah itu terlebih dahulu manakala kumpulan 2 meninjau di kawasan luar banglo tersebut dan selepas itu barulah kumpulan 2 pula diberi masa 30 minit utk memasuki dalam banglo tersebut.
KUMPULAN 1
setelah diberi masa selama 30 minit utk mengkaji,kumpulan 1 memulakan kajian dgn memasuki setiap inci di banglo tersebut.utk pengetahuan banglo tersebut adalah 3 tingkat.dengan keadaan rumah yg usang,kumpulan 1 begitu berhati2 dgn setiap langkah mereka.tingkat demi tingkat,bilik demi bilik mereka masuk,tetapi tiada apa yg dijumpai.cuma salah seorang kru kami dpt merasakan sesuatu yg sedang perhatikan kami di ruangan tingkat 2.tamat 30 minit bagi kumpulan 1,dan kumpulan 2 pula memulakan kajian.
KUMPULAN 2
setelah meninjau dikawasan luar banglo tersebut,mereka menjumpai sebuah buaian lama yg masih lagi utuh cuma telah dinaiki rumput.lihat gambar dibawah.
selepas itu barulah kumpulan 2 memulakan kajian di dalam rumah tersebut,sama seperti kumpulan pertama,memasuki setiap inci rumah tersebut.salah seorang kru kami telah hilang focus apabila ternampak kelibat sesuatu yg tak dapat dijelaskan berada di tingkat 2 rumah tersebut,cuma seorang sahaja yg ternampak,jadi kru itu terus keluar sbb focusnya dah pun hilang.selebihnya masih lagi meneruskan kajian.tetapi seperti kumpulan pertama,tiada apa yg mereka dpt melainkan perasaan aneh ketika berada di dalam rumah tersebut.jadi tamat 30 minit tinjauan kumpulan 2,mereka pn keluar dari rumah tersebut..sekali lagi semua kru dan followers berkumpul di hadapan banglo tersebut sebelum meninggalkan kawasan itu..setelah semuanya selesai,kami pun terus meninggalkan banglo tersebut.tiada apa yg kami dpt kecuali gambar2 yg tak dpt dijelaskan ini...anda perhati dan nilaikan sendiri..
ini sahaja bukti yg kami perolehi...terpulang kpd anda utk percaya atau tidak.
Good place.. I see something there..
ReplyDeletewhere??
DeleteGood place.. I see something there..
ReplyDelete