Saturday, 25 February 2017

SERC TERJAH KILANG USANG JB (4-2-2017)




SERC TERJAH KILANG USANG JB (5-2-2017)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Pada 4/2/2017 yg lepas,kami dari SERC telah menjalankan satu kajian paranormal disebuah kilang usang sekitar negeri johor,kali ini kajian kami disertai dengan kumpulan silat gerakkan jurusan halilintar yg membawa seramai 4 orang ahli bersama 7 orang ahli dari SERC.

ahli southern entity research crew yg terlibat.



sebelum kami memulakan kajian kami,separti biasa kami akan mengutip seberapa banyak maklumat atau fakta mengenai kilang tersebut.kali ini unit survey SERC telah mendapatkan maklumat daripada guard yg menjaga kilang tersebut yg sudah bekerja disitu sepanjang 8 tahun.Dibawah adalah maklumat yg kami dapat. 
Kilang ni mula berhenti beroperasi pada tahun 2000 dan mula ditinggalkan kosong pada tahun 2003,maksudnya dah 14 tahun kilang ni terbiar dan semakin usang,tidak pernah ada kemalangan jiwa berlaku sepanjang beroperasi cuma selepas ditutup dan pada tahun 2015/2016 berlaku kemalangan jiwa dibahagian belakang kilang ( kolam ) berberapa kanak2 ditemui mati lemas semasa mandi di kolam tersebut dan seorang pemancing dikolam tersebut juga ditemui mati lemas (menurut cerita guard yg bekerja sepanjang 8 tahun ).

AKTIVITI TERJAHAN SERC BERMULA

0100AM
Kami bersama ahli SGJH berkumpul sebelum ketua memberi sedikit taklimat berkenaan kilang tersebut.Selepas itu kami segera persiapkan segala persiapan diri dan equipment sambil menunggu arahan utk memasuki kilang tersebut.

0200AM
Kami diberi arahan utk memasuki kilang tersebut,dibahagi kepada dua kumpulan A dan B,kumpulan A terdiri daripada 4 orang iaitu naz,kasap,ecam dan nan manakala kumpulan B dari 2 orang iaitu ejul dan faka (cameraman).kami memulakan operasi terjahan kami secara nightwalk tak lama 
selepas itu.ahli dari SGJH  membuat terjahan dibahagian luar gudang kilang tersebut.




keadaan didalam kilang tersebut

0230AM
kumpulan A sudah merasa sesuatu namun belum dapat melihat benda yg mencurigakan.mereka terus menerjah disetiap ruang dalam kilang tersebut.manakala kumpulan B sudah diganggu dgn sesuatu yg menyeramkan sewaktu mereka cuba berkumonikasi bersama kamera man.hasilnya,dari kumpulan B iaitu ejul ternampak satu kelibat seperti seorang yg sedang menjengah melihat mereka,penampakkannya tidak berapa jelas hingga memaksa ejul utk mendekati penampakkan tersebut.(boleh tgk video di page fb kami atau di youtube kami).kumpulan A diganggu dengan bunyi bunyi aneh dan sedikit penampakkan yg kurang jelas,namun mereka meneruskan terjahan.
kumpulan B masih lg cuba mendekati penampakkan yg dilihat oleh ejul,namun mereka masih belum jumpa apa apa,cuma sekali sekala terhidu bau yg amat busuk.kumpulan B teruskan terjahan dan hasilnya faka (cameraman) terlihat sesuatu seperti mata yg bersinar kemerahan di kawasan pokok ara yg terdapat dalam kilang tersebut sebelum sekali lagi mereka dikejutkan dengan bau yg busuk beserta suara seperti erangan dan sedikit bunyi yg tak dikenal pasti.kumpulan B teruskan terjahan dan mencari punca suara dan bau tersebut.terasa sesuatu yg pelik dan seakan permainkan,ejul memutuskan utk berundur dan tidak lagi mengejar suara tersebut utk mengelakkan sesuatu diluar jangkaan ( kumpulan B tiada alat utk berkumonikasi)


0330AM
kumpulan A dan B berkumpul.kumpulan A telah diberitahu oleh kumpulam B tentang kejadian yg mereka alami sebelum kedua kumpulan itu berehat sebentar.masih didalam kilang tersebut,sewaktu mereka sedang berehat,mereka sekali lagi diganggu,kali ini mereka seolah terkepung,mereka diganggu di setiap sudut dengan bunyi bunyian aneh serta  sedikit penampakkan.
mereka memutuskan utk keluar dari banggunan gudang kilang tersebut dan beralih kepada bangunan hostel di kilang tersebut yg berada di belakang gudang.



Mereka terus menerjah dikawasan hostel kilang tersebut.tiada gangguan yg kuat semasa mereka berada didalam hostel itu namun mereka terjumpa sesuatu.

tempat pemujaan atau tempat bermain spirit?

0440AM
Mereka keluar dan terus ke base dimana tempat mula mula kami berkumpul.

0500AM
Operasi terjahan ditamatkan,dan kami sekali lagi berkumpul utk membuat kesimpulan terhadap apa yg kami alami.

0600AM
KAMI BERSURAI DAN BERANSUR PULANG.



ANDA BOLEH USHA FANPAGE KAMI ATAU DI YOUTUBE UNTUK MELIHAT VIDEO PENUH PERJALANAN KAMI.


Itu sahaja ulasan kami mengenai aktiviti yg kami jalankan,terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti perkembangan kami,jumpa lagi di aktiviti yg seterusnya....


RATING 8/10

Friday, 24 February 2017

SOUTHERN ENTITY RESEARCH CREW 2TH ANNIVERSARY


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah kini SERC sudah pun berusia  2 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2014.
Alhamdulillah juga setakat ini kami masih lagi bergerak secara aktif dalam bidang kajian paranormal ini.
Krew krew pun masih lagi still yg sama,cuma beberapa org  krew baru telah diambil pada tahun 2016.

Semprna ulangtahun kami yg kedua ni,saya selaku founder SERC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yg tak henti support kami dan memberi komen serta cadangan yg membina utk kami.tak lupa juga kpd yg menghentam kami..hehe takpe kami ambil semua tu secara positif..
In Shaa Allah selepas ini kami akan tunjukkan atau buktikan kpd anda semua ttg kajian kajian kami dgn lebih  baik dan berkualiti supaya dpt memuaskan hati anda semua.

Tak lupa juga kepada sahabat team team paranormal kami seperti PENCARI ENTITI CREW ( PEC ) KELAB PENJEJAK ALAM MISTIK GHAIB ( KPAMG )  DARE PARANORMAL CREW ( DPC ) PENJEJAK ENTITI ( PE ) PENJEJAK BAYANG ( PB ) dan team lain (maaf jika terlepas pandang).TERIMA KASIH atas kerjasama dan tunjuk ajar yg telah diberikan kepada kami sepanjang pengelibatan kami dlm bidang ini,sambil mengharap ukhuwah kita akan terus terjalin dan dapat  terus bekerjasama kelak.

TERIMA KASIH juga kepada krew krew SERC yg telah banyak membantu,membuang masa,memerah keringat,utk benda yg ''tiada apa''.terima kasih kerana terus setia bersama SERC.aku akan pastikan SERC lebih awesome seawesome korang.In Shaa Allah next family day aku akan buat yg lebih baik utk korang.terima kasih !!

 '' TERJAH UNTUK SUATU KEPASTIAN ''



EJUL,
FOUNDER OF SOUTHERN ENTITY RESEARCH CREW