Saturday, 21 September 2019

PARADISE VILLAGE HOTEL (GABUNGAN PARANORMAL JB)


kalini admin nk cerita sikit tentang event terbaru kami setelah sekian lama dok dalam bawah tempurung.(berehat katanya hehe).Ok event ni dipanggil gabungan paranormal JB yg dikelola atau diuruskan oleh kami sendiri dari SERC dan dibantu oleh KPAMG(kelab penjejak alam mistik/ghaib).
Event ini adalah event kedua yg diuruskan dari SERC&KPAMG selepas kali pertama dilakukan
pada tahun 2017 di sekitar desaru johor.

Ok kalini kami jalan jauh sikit lah disebabkan kat dlm johor dah takde kawasan2 'angker' (bagi kami lah).Disebabkan kami pernah buat kajian disini serta kawasannya pun luas dan sesuai utk event kami,jadi kami decide utk pilih PARADISE  MALACCA VILLAGE RESORT.

Sebanyak 6 team paranormal johor telah turut serta utk bekerjasama menjalankan kajian merungkai misteri dan cerita disebalik resort ini.seperti,
SOUTHERN ENTITY RESEARCH CREW(SERC),KELAB PENJEJAK ALAM MISTIK/GHAIB(KPAMG),SQUAD RESEARCH PARANORMAL(SRP),2SHUNTER(2SH),MSJB PARANORMAL(MSJBP), dan AS-SYAFFI PARANORMAL TEAM JDT(ASSPJDT).

Kenapa resort ini dipilih??nah min serta kan sedikit video keratan komen2 pelanggan mengenai resort ini semasa mereka pernah check in sini sewaktu hotel ini masih lagi beroperasi.
layan....




Unit safety SERC tgh remarks kawasan bahaya.





banggunan setinggi 16 tingkat.



pokok ni yg dikatakan terdapat semacam energi lain macam.



kolam renang utama







Korang rasa seram tak??Entah kenapa kalini min tak rasa semacam waktu kami mula2 masuk sini,seramnya pun kurang.'penghuni2' sini pn tak ramah nk tonjolkan diri.mungkin sebab kami dalam gabungan,so ahlinya ramai jadi penghuni2 sini segan nk tonjolkan diri.Tak mcm awal2 serc&kpamg dtg sini dulu,memang tak ada segan silu nk keluar !! tapi kali ni hmmm......


Itu mungkin perasaan kami,macam mana pula dgn ahli gabungan yg lain kan?haa tu korang kena usha fanpage2 mereka di facebook,mungkin apa yg mereka dapat berbeza dgn kami.

Apa2 pun min respect kat ahli gabungan sbb mereka ni jenis sempoi,tak kedekut ilmu !!
perancangan plan pn mereka follow rapat,walaupun ada beberapa team yg jenis tak follow plan,tapi still run program sampai habis.

Ok,ni sedikit maklumat yg kami dpt berdasarkan kajian kami dari SERC.
1.Ditutup sepenuhnya mungkin sekitar tahun 2000-2002.(bukti bertulis dlm resort)
2.financial problem mungkin menjadi punca penutupan resort tersebut(berdasarkan surat2 yg kami jumpa dalam resort)
3.Tidak diselengara dgn baik juga bukti mungkin terdapat financial problem.
4.Berkemungkinan kawasan resort ini terletak berdekataan tasik,jadi mudah terdedah dgn gangguan2 mistik.(kawasan tasik juga tak kurang hebatnya)
5.terdapat 1 kawasan dimana kami dapati energinya tidak normal.(gambar diatas)
6.penduduk setempat mengatakan resort ini sememangnya angker,tetapi belbagai versi dan mitos diperdengarkan,jadi kami hanya stick dari apa yg kami alami sahaja dahulu.





Itu sahaja yg dpt admin kongsikan,sebenarnya banyak lagi,tapi cukup ini sahaja yg min kongsikan.Kalau ada sesiapa nk try kawasan ni,admin nasihatkan kaji selidik dulu ttg resort ni,dan paling penting jgn pernah buat fake statment,jangan sampai tersasar dari landasan kajian paranormal.

\Assalamualaikum dan salam paranormal buat kalian dari kami southern entity researvh crew.

GABUNGAN PARANORMAL JB

   14-15/9/2019