Monday, 11 May 2015

Misteri Chupacabra

Misteri Chupacabra



Nama makhluk misteri Chupacabra telah diberikan oleh seorang lelaki bernama Silverio Perez. "Chupa" bermaksud penghisap/menghisap manakala "Cabra" bermaksud kambing. Ia diberi nama sedemikian disebabkan kebanyakan mangsanya adalah ternakan kambing pada awal kemunculannya. Chupacabra telah muncul di sekitar beberapa negara seperti Amerika Selatan, Puerto Rico, Mexico dan kemudiannya merebak ke beberapa negara lain. Laporan pertama yang membabitkan kes Chupacabra di Puerto Rico pada bulan Mac pada tahun 1995. Laporan itu menyebut lapan ekor kambing ditemui mati akibat kekeringan darah dalam badan seolah-olah disedut oleh "sesuatu". Di setiap bangkai kambing itu juga terdapat tiga lubang kecil namun ianya tidak berdarah.


Menurut saksi, Chupacabra dikatakan kelihatan seperti makhluk asing kecil, berdiri 3 hingga 5 kaki tinggi dan mempunyai sepasang kaki seperti kanggaru. Chupacabra berjalan tegak seperti manusia malah boleh melompat seperti kanggaru serta mempunyai kebolehan untuk terbang untuk jarak yang pendek. Ia mempunyai duri-duri tajam yang besar atau tanduk di sepanjang belakang badan mereka. Mata Chupacabra pula dikatakan sangat besar, bersinar dan berwarna merah.

Di bawah ini terdapat sebahagian laporan penemuan yang berkaitan Chupacabra.

Laporan Pertama

Julai 2004, seorang penternak di San Antonio, Texas melaporkan telah membunuh makhluk menyerupai anjing yang telah menyerang ternakannya. Dia telah menyebut makhluk tersebut sebagai “Elmendorf Beast”. Namun ujian DNA yang dilakukan Universiti California mengatakan bahawa makhluk tersebut adalah seekor Coyote (spesis serigala) yang mengalami penyakit kurap yang teruk. Di Coleman, Texas, seorang penternak bernama Reggie Lagow menangkap seekor haiwan yang menyerang ternakan ayamnya. Dia mengatakan bahawa haiwan tersebut seakan-akan gabungan anjing yang tidak berbulu, tikus dan kanggaru.

Laporan Kedua

April 2006, MosNews melaporkan Chupacabra muncul di Rusia untuk pertama kali. Laporan tersebut menyebut makhluk aneh telah menyerang ayam belanda dan menghisap darahnya sehingga kering. Tidak lama kemudian laporan berikutnya datang dari sebuah desa yang mengatakan sebanyak 30 ekor kambing biri-biri mati akibat yang sama.

Laporan Ketiga

Ogos 2006, Michelle O’Donnel dari Maine, Amerika melaporkan telah menemui seekor makhluk bertaring yang menakutkan mati di tepi jalan. Namun siasatan terhadap bangkai tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana sebahagian bangkai tersebut dilanggar kereta. Setelah diambil gambar mereka meneliti haiwan tersebut tidak menyamai anjing atau serigala di kawasan itu.

Laporan Keempat

Mei 2007, laporan berita National Columbia menyebut lebih dari 300 ekor kambing biri-biri ditemui mati di daerah Boyoca. Kemungkinan besar ia dilakukan oleh Chupacabra.

Laporan Kelima

Ogos 2007, Phylis Canion menemui tiga bangkai makhluk di Cuero,Texas. Dia mengambil gambar lalu memotong salah satu kepala bangkai dan membekukannya lalu dihantar untuk ujian DNA. Ujian DNA tersebut mengatakan ia adalah Coyote yang dijangkiti kurap yang mengakibatkan kulit mereka berwarna kelabu, kehilangan semua bulu badan serta terserlah taring yang besar.

Laporan Keenam

Januari 2008, Chupacabra dilaporkan muncul di Capiz, Filipina. Beberapa penduduk di situ percaya Chupacabra telah membunuh lapan ekor ayam. Pemilik ayam tersebut mendakwa melihat seekor haiwan menyerupai anjing yang telah menyerang ternakan ayamnya.

Laporan Ketujuh

Ogos 2008, syerif bernama Brandon Riedel merekod seekor haiwan yang tidak dikenali di sepanjang jalan Cuero, Texas melalui kamera yang berada di dalam keretanya. Haiwan tersebut mempunyai saiz Coyote namun tidak mempunyai bulu. Ia juga memiliki muncung yang panjang, kaki depan kelihatan pendek dan kaki belakang yang panjang. Pihak atasan Brandon Riedel iaitu Jode Zavesky percaya bahawa kemungkinan ia adalah salah satu spesis Coyote yang telah dikenalpasti oleh para pengkaji Texas State University-San Marcos pada November 2007.


Seterusnya pelbagai lagi penemuan mengenai Chupacabra telah dilaporkan tahun demi tahun namun hasilnya tetap sama iaitu ianya seekor anjing atau Coyote dijangkiti kurap yang teruk. Baru-baru ini misteri mengenai Chupacabra telah terjawab apabila seorang ahli biologi, Barry O'Connor dari Universiti Of Michigan mengatakan Chupacabra disahkan sebagai seekor anjing yang dijangkiti kurap. Penyakit itu menyebabkan perubahan fizikal yang agak ketara seperti kehilangan bulu badan, kulit berwarna kelabu, gigi taring yang agak menonjol serta rupa yang agak menakutkan. Namun timbul keraguan di sini di mana saksi penemuan asal Chupacabra serta penemuan sehingga kini sangat berbeza dari segi bentuk fizikal, cara memakan mangsa dan beberapa perbezaan yang lain.


Selain itu terdapat pelbagai teori mengenai Chupacabra adakalanya tidak masuk akal antaranya Chupacabra dikaitkan dengan Gargoyle iaitu sebagai roh atau semangat jahat. Selain itu Chupacabra dikatakan terhasil daripada perubahan genetik setelah menghidu kebocoran bahan kimia sebuah makmal di Puerto Rico sekitar tahun 1990-an. Ada juga yang mendakwa Chupacabra adalah seekor kelawar raksasa malah Chupacabra dikatakan haiwan peliharaan makhluk asing yang dilepaskan di Bumi.

Mengikut kesimpulan di atas misteri Chupacabra masih belum lagi diselesaikan.....

CREDIT : M.A.N

MISTERI POTRET WANITA

MISTERI POTRET WANITA



Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai potret ini marilah kita mengenali siapakah gerangan wanita cantik di dalam potret ini dahulu. Wanita cantik ini dikatakan berasal dari Vietnam telah membunuh diri disebabkan suaminya bernama Pham Duc Nong telah curang terhadapnya. Sebaik sahaja kematian isterinya Pham Duc Nong telah mengurungkan diri di dalam rumah lalu menghasilkan sebuah potret wajah isterinya. Setelah siap hasil lukisannya Pham Duc Nong telah membunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi. Masa berlalu kini potret tersebut seolah-olah berpuaka dan beberapa insiden telah berlaku yang berkaitan dengan potret ini sama ada ianya benar-benar berkaitan ataupun hanya satu kebetulan sahaja. Di bawah ini terdapat beberapa insiden yang berkaitan dengan potret ini.

Insiden Pertama

Kes ini melibatkan seorang anggota polis yang menyiasat kematian Pham Duc Nong serta melihat potret tersebut. Malam tersebut polis itu telah membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.

Insiden Kedua

Setelah kematian polis tersebut seorang petugas yang bertanggugjawab menyimpan potret di stor balai polis turut membunuh dirinya sendiri dengan terjun ke dalam sungai.

Insiden Ketiga

Pegawai dari luar negara telah membeli potret tersebut lalu menyimpan di dalam rumahnya. Insiden sekali berlaku apabila malam itu pegawai itu telah membunuh diri dengan menelan pil tidur secara berlebihan. Dia telah meninggalkan notis yang mengatakan dia terlalu sedih apabila menatap potret tersebut dan penyelesaian terbaik menghilangkan perasaan sedih tersebut hanyalah membunuh diri.

Insiden Keempat

Setelah kematian pegawai tersebut pembantu rumahnya turut melihat potret tersebut. Dia menjadi kurang waras, mencakar muka sendiri serta menyorok di dalam selimut setiap hari sambil menjerit "seseorang" datang. Dia akhirnya menemui ajal selepas 3 bulan mengalami penderitaan. Misteri bertambah lagi apabila teman lelaki pembantu rumah tersebut merupakan seorang pelukis juga telah membunuh diri. Nama pelukis tersebut adalah Pham Duc Nong.

Setelah membaca beberapa insiden di atas ada sesiapa yang berani menatap potret ini?

credit : M.A.N

Sunday, 10 May 2015

MISTERI MATIANAK



MISTERI MATIANAK




Apakah itu matianak??matianak adalah sejenis hantu atau golongan jin yg tempat tinggalnya dikawasan paya dan berhutan.Dari segi fizikal,matianak tidak ada bezanya dengan pontianak ini kerana asal usul sama sahaja.Menurut org2 tua,natianak ini mempunyai dua cangkuk dibelakang badan dan juga di depan badannya.itu memudahkan ia bergayut di pokok dan cangkuk didepan kegunaan utk menyambar mangsanya.
Asal usul matianak adalah seorang perempuan sarat mengandung yg telah kematian suami dan menghitung hari utk melahirkan anak sulugnya.akhirnya dia telah mati ketika melahirkan anaknya.orang kampung bersepakat utk tidak mengebumikan jenazah perempuan yg mati mengandung itu kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah suku kaum mereka. jadi mayat perempuan itu telah diletakkan di pokok ara dan telah dibuat seperti para para diatas pokok utk meletakkan mayat perempuan tersebut.kemudian bermulalah kemunculan matianak.

Gangguan matianak kpd manusia dengan cara membuat tangisan bayi,nyanyian mendayu,cakaran di dinding atau pokok serta menjatuhkan pucuk muda.sekiranya kita duduk di bawah pokok dan tiba tiba banyak daun daun pucuk muda jatuh maka anda disarankan utk segera tinggalkan tempat tersebut.matianak juga suka menggangu perempuan yg bersalin dgn menahan kandungan keluar dari perut ibu.

mereka yg mahir dari segi perubatan dan bidan saja yg tahu cara menangani gangguan matianak.namun ada juga sesetengah pihak yg membela matianak utk mendapat kelebihan seperti mahir dalam perubatan dan lain lain. ada juga yg menggunakan matianak utk menggangu dan menganiaya sesiapa sahaja yg mereka dendam.Ddiingatkan sebagai seorang islam janganlah sesekali kita terlibat dalam perkara diatas kerana dalam islam ianya syirik serta khurafat sama ada utk sipelakunya ataupun si peminatnya..

credit : M.A.N

Sunday, 3 May 2015

TANDA TANDA RUMAH BERHANTU

TANDA TANDA RUMAH BERHANTU



Assalamualaikum follewers SERC..kalau haritu sy ade post mengenai petua memasuki atau mendiami rumah atau banggunan,harini sy akan share pula TANDA TANDA RUMAH ANDA BERHANTU.

Seperti yg semua sedia maklum bahawa hantu atau mahluk halus ini berada di sekeliling kita.sesetengah org sukar utk mempercayainya oleh kerana mereka tak pernah nampak atau terlihat akan kewujudan hantu atau mahluk halus.bagi mereka yg pernah mengalaminya,sudah pasti mereka sedar akan kewujudan mahluk halus disekeliling mereka,dan mungkin rumah kita sendiri adalah tempatnya..macam mana nak tahu rumah kita berhantu atau tidak?jom usha antara ciri ciri rumah berhantu..

SUARA ANEH.

fanomena yg paling kerap muncul adalah bunyi bunyian dari sumber yg tidak kita ketahui dari mana datangnya yg membuatkan kita cemas dan berdebar,bunyi tersebut bukan sahaja dari tangisan atau ketawa,tetapi juga seperti derapan kaki,ketukkan pintu dan sebagainya.mungkin saja itu hanya ilusi semata,tapi bunyi yg jelas tak mungkin hanya sekadar ilusi.

PERASAAN PELIK KETIKA DI RUMAH.
ketika berada dirumah atau ruangan tertentu ada perasaan pelik yg muncul contohnya di dapur atau bilik mandi.terasa seperti ada yg mengawasi dan memerhati.bulu roma berdiri dan membuat kita selalu ingin menoleh ke belakang,atas atau bawah.

KEJADIAN KEJADIAN PELIK.

pernahkah ketika anda duduk bersendirian,tiba2 barangan anda bergerak dgn sendirinya?seperti geseran gelas,dan lampu terpadam tanpa sebab?berbagai kejadian pelik yg terjadi sekali sekala memang tidak serta merta menunjjukkan adanya hantu,namun bila terjadi beberapa kali,mungkin makhluk tersebut sedang cuba berkomunikasi dgn anda.

PERILAKU HAIWAN.

perhatikan haiwan yg ada di sekeliling anda,misalnya anjing dan kucing.perhatikan gerak geri anjing,suara burung hantu,reaksi kucing dan sebagainya.kata orang jika cicak berdecak beberapa kali itu menunjukkan adanya makhluk halus.anjing yg menyalak bersahut sahutan juga sering dikatakan sedang melihat makhluk halus.

NAMPAK DENGAN MATA KASAR.

yang terakhir ini adalah yg tak dapat disangkal lagi,ketika mereka menunjukkan diri mereka.boleh jadi itu merupakan bentuk komunikasi dari mereka.ada juga yg mendakwa makhluk halus tersebut menampakkan dirinya pada tuan atau penghuni rumah tersebut.Wallahualam...

-SiLenT-